nothing last forever.
Home follow +

運命なんてくそくらえ

awesome.

Welcome. This blog is public. All the entries are my experience, my stories and everything about to me. Enjoy it!
Be Nice, Rude people not available.


Thursday, March 17, 2011 @ 1:04 PM
0 +
10 perkara sebab doa tidak dikabulkan


Suatu hari Ibrahim bin Adham telah berkata: "Wahai penduduk Basrah, hati kamu semua telah mati sebab ditutupi oleh sepuluh perkara. Sebab itulah doa kamu tidak dikabulkan."

  1. Kamu semua mengetahui makrifat ALLAH, tetapi kamu semua tidak memenuhi hak-hakNYA.
  2. Kamu semua membaca Al-Quran, tetapi kamu semua tidak mengamalkan apa-apa yang ditunjukkan oleh Al-Quran.
  3. Kamu semua mengaku mencintai Rasulullah S.A.W., tetapi kamu semua meninggalkan sunnah Baginda.
  4. Kamu semua mengaku syaitan itu musuh kamu, tetapi kamu semua tidak mengikuti dan membantu mengerjakan perbuatannya.
  5. Kamu semua mengaku akan masuk syurga, tetapi kamu semua tidak mengamalkan perbuatan umtuk mendapatkan syurga.
  6. Kamu semua mengaku akan terselamat dari neraka jahannam, tetapi kamu semua membuat kerja yang akan menceburkan kamu ke dalam neraka jahannam.
  7. Kamu semua mengaku bahawa mati itu akan berlaku, tetapi kamu semua tidak bersiap-siap untuk menghadapi mati itu.
  8. Kamu semua sentiasa mencari kecelaan saudara-saudaramu, tetapi kamu semua tidak cuba mencari kecelaan kamu sendiri.
  9. Kamu semua telah merasai nikmat pemberian ALLAH S.W.T, tetapi kamu semua tidak mahu bersyukur kepadaNya.
  10. Kamu semua telah menguburkan orang-orang yang telah mati, tetapi kamu semua tidak mahu mengambil iktibar dari itu.

Labels:


Please do the rules:
  1. No spamming--no no no!
  2. Don't talk rudely--don't don't don't!
  3. I like nice people--
    if you need meh to follow your blog back--ask it nicely and i'll think about it~

Older Post