nothing last forever.
Home follow +

運命なんてくそくらえ

awesome.

Welcome. This blog is public. All the entries are my experience, my stories and everything about to me. Enjoy it!
Be Nice, Rude people not available.


Tuesday, March 15, 2011 @ 4:05 AM
0 +
Hikmah ( Part 1 )

"Mama, budak uh buat apa kat bilik?" tanya Diana. "Tengah solat kot," jawab mama.
Asyik solat je budak ni. Gerutu Diana.

"سْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ Ya Allah. Ampunilah dosa-dosaku. Dan dosa kedua ibu bapa ku. Terima kasih kerna memberi hidayah kepada hamba yang penuh dosa ini.
Bukakanlah hati keluarga ku untuk menghambakan diri kepadaMU, ya ALLAH.
Terimalah ibadahku, perkenankan doaku. AMIN.."


Seusai solat, aku tidak akan pernah lupa utntuk berdoa. Aku kembali mengenang ahli keluargaku. Mengapakah mereka jadi begitu. Aku mengeluh.

*******

"Awak, saya rasa kita tak ada jodoh. Awak cari lah orng lain," Aku memandang Danial. "Kenapa ni? Apa salah saya? Bukankah awak dah janji nak sehidup semati dengan saya? Awak ni penipu!" Tengking aku.
"Hey! Yang kau marah aku ni nape? Ko fikir aku bodoh. Dah bape ramai jantan kau sapu sebelum aku? Entah-entah kau dah ada anak haram kat rumah,"
PANG!! Satu penampar hinggap di pipinya.

"Sabar Ida. Ada hikmah di sebalik semua ini," pujuk Shera sambil memelukku.
Shera, satu-satunya sahabat yang ambil berat tentang aku.
Aku cemburu melihatnya. Dia dari sebuah keluarga yang baik. Aku mengenalinya waktu di sekolah agama satu ketika dahulu.
Kami selalu bersama sehingga ramai yang mengatakan kami ini sepasang kembar tetapi berlainan ibu bapa. Memang banyak kenangan bersamanya.
Kebetulan kami mempunyai cita rasa yang sama. Semuanya serupa. Apa yang membezakan kami ialah iman kami.
Dia berasal dari keluarga yang pentingkan agama, berlainan dengan keluarga aku. Memang kami dari sekolah yang sama.
Tapi, bak kata Ustazah Haniza, walaupun belajar agama tidak semestinya elok perangainya. Belajar macam mana pun tentang agama Islam, tiada penghayatan terhadap hukum tiada gunanya.


*******

"Woi, buat apa uh? Berangan ke nak kahwin dengan anak raja?" Tegur Diana mengahapuskan memori.
Aku membisu. "Aik! Sejak bila pulak kau ni bisu. Pelik,"
"Ish kamu ni. Tak abis-abis nk sakat dia. Ida, nanti tolong basuh baju dan kemas rumah. Mama nak keluar. Bila mama balik, pastikan semua dah beres." celah mama.
"Ye ma," balas aku tanpa banyak alasan.

Sebelum mama dam Diana keluar, aku melihat pakaian mereka. YA ALLAH. Ini pakaian ke guni buruk Aku mengucap panjang.
Diana memakai baju dan seluar ketat sehingga nampak tubuh badan.
Mama pula pakaian ala-ala Fasha Sandha yang sering terdedah sini sana.
Masing-masing mengenakan solekan yang melampau.
Diana seolah-olah sudah dewasa, manakala mama mengalahkan anak dara.


bersambung.......

Labels:


Please do the rules:
  1. No spamming--no no no!
  2. Don't talk rudely--don't don't don't!
  3. I like nice people--
    if you need meh to follow your blog back--ask it nicely and i'll think about it~

Older Post